HASIL KARYA AR-RAZIđ“€›
(https://www.gomuslim.co.id/read/khazanah/2017/07/28/4815/zakariyya-ar-razi-dokter-muslim-penemu-obat-penyakit-cacar-dan-darah-tinggi.html)
Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan.
Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah:
• Kitab al-Mansuri
• Kitab al-Hawi Fit-Tibb
• Kitab al-Judari wa al-Hasabah
i. Kitab al-Mansuri merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh beliau
- Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq.
- Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber AlMansoris'.
- Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan Perancis.
ii. Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya termasyhur.
- Kitab ini juga dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab
- Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid.
- Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid, diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens'
iii. Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama berkenaan penyakit cacar dan campak
- Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematis yang sulung dalam sejarah perubatan
Rujukan:
-http://surauktdi.blogspot.com/2009/07/siapakah-ar-razi.html
0 Comments