Guru & Penentang Ar-Razi

GURU AR-RAZI & PENENTANGNYA
(http://tanwir.my/adab-murid-kepada-tok-guru-menurut-imam-ar-razi/)

Selain daripada Ali ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi perubatan, Ibn al-Nadim mengatakan bahawa al-Razi mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh mengembara dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu. Sesetengah turut mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya sendiri. Tidak banyak yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya.

Penentang al-Razi, sebaliknya, diketahui ramai. Mereka termasuk yang berikut:

1. Abu al-Qasim al-Balki, ketua Mu’tazilah di Baghdad (m. 319/931), penulis semasa dengan al-Razi yang menulis banyak bangkangan terhadap buku al-Razi, terutamanya buku Ilm al-Ilahi. Percanggahannya dengan al-Razi menghasilkan (entailed pemikirannya berkenaan konsep ‘Masa’.

2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit dengan banyak pertikaian; satu daripadanya adalah konsep ‘Nikmat’, dijelaskan dalam bukunya Tafdll Ladhdhat al-Nafs di mana Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannya Siwan al-Hikmah. Al-Balkhi meninggal sebelum 329/940.

3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m. 322/933-934) dan merupakan salah seorang pendakwah Isma’ili teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan al-Razi dalam bukunya A’lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi berkenaan Rasul dan Ugama kekal sehingga kini.

4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar, menurut Kraus) merupakan seorang ahli perubatan dan dia turut mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh abu Hatim al-Razi dalam A’lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju dengan buku al-Razi, al-Tibb al-Ruhani tetapi al-Razi membalasnya. Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses):

(a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar dengan Misma’i berkenaan ‘Jisim (Matter)’.

(b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada ‘Atmosphera penduduk dalam bumu (subterranean habitations)’.

Rujukan:
-https://irfan-irsyad.com/2011/01/15/al-razi-tokoh-falsafah-perubatan-islam/

0 Comments